Kalender
Jam
Cadangan & Pandangan
 
 
Anda Pelawat yang ke
hit counter
free web counter
Template by

Free Blogger Templates

Wednesday, October 3, 2007
Seketika bersama Musmai (terjemahan)
Martabat Akal dan Ilmu di dalam Islam

Kelebihan Akal di dalam Islam.

Tidak wujud agama melainkan Islam, yang memuliakn akal dan fikran . Islam juga menyeru untuk menjadi insan yang menggunakan akal ,membuat kajian dan berfikir,dan mendorong agar berfikir dengan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.Kita juga membaca di dalam Al-Quran:

أَفَلاَ تَعْقِلُونَ,أَفَلَا يَنظُرُونَ,لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ, لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ,أَوَلَمْ يَنظُرُواْ,أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا,لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ,الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

maka apakah kamu tidak menggunakan akal?(befikir)(Al-baqaroh:44),Maka apakah mereka tidak memerhatikan?(Alghashiah:17),Moga kamu menggunakan akal(berfikir)(Al-baqaroh:73),moga kamu berfikir(Al-baqaroh:219),Adakah mereka tidak memerhatikan?(Al-A'raf:185),Adakah mereka tidak berfikir?(Ar-rum:8),bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang menggunakan akal(Al-baqaroh:164),bukti-bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang berfikir(yunus:24)

Dan apa yang paling jelas ketika Al-quran Menyebut :

قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُم بِوَاحِدَةٍ أَن تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَى وَفُرَادَى ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا

Katakanlah: "Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal saja, yaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua- dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu fikirkan (tentang Muhammad)(saba': 46)


Maknanya: Sesungguhnya Allah tidak menuntut daripada mereka apa-apa melainkan satu perbuatan sahaja,iaitu menumpukan akal dan hati mereka kepada Allah dan memikirkan penciptaanNya bagi setiap kejadian serta pentadbiranNya bagi setiap urusan, dengan penuh ikhlas memohon hidayah yang sebenarnya,agar ianya jauh dari kesan “pemikiran masyarakat” dan perasaan takut dengan manusia serta sikap suka membodek(1).Dan setiap orang bersama sahabatnya yang dia percayai dan senang denganya atau dia berfikir dengan secara bersendirian,itulah makna :( مَثْنَى وَفُرَادَى ) kemudian mereka berfikir tentang kenabian.Maka pemikiran yang bebas (yang tidak terikat dengn mana-mana pihak melainkan Al-quran dan Sunnah)itu akan menunjukkan mereka kepada kebenaran.

Sesungguhnya para ulama telah mengiktiraf bahawa akal adalah (مناط التكليف) (2) serta pusat bagi pahala dan dosa,sepertimana mereka bersepakat bahawa : ( العقل أساس النقل ) (3) Kerana jika tidak sabit kewujudan Allah dan kebenaran Nabi ,maka wahyu itu juga tidak sabit.(4).Maka akal itu yang menerima dan mengukuhkan kenabian .Dan kebenaran Nabi yang diterima melalui jalan wahyu menjadi bukti kebenaran ( bahwa baginda adalah Nabi) melalui bukti-bukti yang diterima oleh akal. Kemudian akal itu meninggalkan dirinya sendiri untuk menerima wahyu dari Allah kerana wahyu itu lebih tinggi martabatnya dari akal.

Dengan berdasarkan pekara yang disebutkan tadi sesunggunya para pengkaji agama dari sebahagian ulama telah bersetuju bahawa : Iman orang yang bertaklid(5)secara sepenuhnya tidak diterima ,kerana iman tersebut tidak diasaskan melalui bukti dan dalil,dan tidak juga terbina di atas hujjah yang jelas,bahkan di atas taklid semata-mata :

إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آثَارِهِم مُّقْتَدُونَ

Sesungguhnya kami mendapati bapak- bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka( Az-zukhruf:23)

Dan Al-quran menuntut bagi setiap orang yang mempunyai sesuatu dakwaan untuk mengemukakan dalil di atas dakwaan tersebut.Jika tidak dakwaan tersebut akan disingkirkan dan ditolak.Dengan itu Al-quran menyebut di dalam perbualan bersama orang musyrikin

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Katakanlah: "Tunjukkanlah bukti kebenaranmu, jika kamu memang orang-orang yang benar"(An-Naml:64)

أَمِ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ آلِهَةً قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ

Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan selain-Nya? Katakanlah: "Tunjukkanlah hujjahmu!(Al-Anbiya':23)

Dan Al-quran juga berhujjah bersama para ahli kitab (Yahudi dan Nasrani):

وَقَالُواْ لَن يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلاَّ مَن كَانَ هُوداً أَوْ نَصَارَى تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ قُلْ هَاتُواْ بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: "Sekali-kali tidak akan masuk surga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani". Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: "Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar".(Al-baqaroh:111)

Maka akidah itu semestinya terbina di atas bukti yang jelas serta diyakini.Bukan di atas sangkaan dan keraguan. Dengan ini Allah telah telah mengaibkan orang musyrikin dengan firmanNya :

وَإِذَا قِيلَ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ لَا رَيْبَ فِيهَا قُلْتُم مَّا نَدْرِي مَا السَّاعَةُ إِن نَّظُنُّ إِلَّا ظَنّاً وَمَا نَحْنُ بِمُسْتَيْقِنِينَ

Dan apabila dikatakan (kepadamu): "Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar dan hari berbangkit itu tidak ada keraguan padanya", niscaya kamu menjawab: "Kami tidak tahu apakah hari kiamat itu, kami sekali-kali tidak lain hanyalah menduga-duga saja dan kami sekali-kali tidak meyakini(nya)".(Al Jaatsiyah: 32)

وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا لَهُم بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ

Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa", dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja. (Al-Jathiah:24)

Jadi dengn ini, tidak ada di dalam Islam apa yang dikenali dalam sebahagian agama yang lain yang mengiktiraf bahawa : iman( kepercayaan) adalah sesuatu yang luar dari daerah akal dan pemikiran.Bahkan ia juga perlu diterima dengan redha walaupon ianya tidak diredhai oleh akal ,atau tidak disandarkan dengan bukti dan dalil,sehinggakan tersebar dikalangan mereka seperti kata-kata ini : “Beriktikadlah dan awak buta!( ikut sahaja )” atau “ Tutup mata kamu dan ikut sahaja aku!”

wa Allahu a'lam.Bersambung minggu hadapan...Insya' Allah.

_______________________________________________________________________
(1)Kesan dari budaya dan adat masyarakat,perasaan takut dengan orang lain,dan sikap suka membodek manusia adalah menyebabkan sesetangah umat islam tidak menjadi umat yang mampu dan membenarkan diri mereka untuk berfikir secara bebas. (pntrjmh)

(2)Sesuatu tangungjawab itu sah atau tidak bergantung samada ianya diterima akal atau tidak.(pntrjmh)

(3)Setiap wahyu yang diterima berdasarkan kepada kewarasan akal untuk menerimanya.(pntrjmh)

(4) Maknanya :Wahyu mengenai kewujudan Allah dan kebenaran Nabi tidak mungkin bercanggah dengan akal yang waras.

(5)Taklid : mengikut sesuatu perkara tanpa mengetahui bukti dan dalil.
posted by musmai @ 10:16 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Tentang Aku

Name: musmai
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Template by

Free Blogger Templates