Kalender
Jam
Cadangan & Pandangan
 
 
Anda Pelawat yang ke
hit counter
free web counter
Template by

Free Blogger Templates

Thursday, September 27, 2007
Seketika bersama Musmai (terjemahan)
Ilmu....Permulaan perjalanan.

Prakata.

Daripada apa yang diketahui oleh para muslim secara tawatur(1)bahawa pekara pertama yang turun daripada wahyu Ilahi kepada Nabi(s.a.w) adalah: Ayat-ayat permulaan di dalam Surah Al-'Alaq yang diajarkan oleh Aminu Al-wahyi,utusan dari kalangan malaikat iaitu Jibril (a.s) kepada utusan dari kalangan manusia Muhammad (s.a.w) ketika perjumpaan pertama di antara mereka berdua di dalam Gua Hira'.

Ayat-ayat tersebut adalah Firman Allah:


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ(2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ(3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ(4) عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَم (5
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam ( Maksudnya: Allah mengajar manusia dengan perantaraan tulis baca). Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

keutamaan bagi ayat-ayat ini dari apa yang telah ditunjukkan adalah kelebihan ilmu dan mendahulukannnya dari yang lain.Maka dengan ilmu bermulalah banyak pekara,dan tercetuslah banyak amalan.Sesungguhnya Ayat ayat tersebut telah menyuruh untuk membaca dengan dua kali suruhan اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ ,اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ dan pembacaan adalah pintu ilmu dan anak kuncinya.

Selepas itu,turunya firman Allah : (Al-Mudhattir :1-6)

يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّر(1)ُقُمْ فَأَنذِر(2)وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ(3)وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ(4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ(5) وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ(5) وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ(6

Hai orang yang berkemul (berselimut).bangunlah, lalu berilah peringatan! dan Tuhanmu agungkanlah!dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah.


Maka ayat-ayat tersebut diturunkan dengan membawa perintah utk beramal.samaada amalan tersebut berhubung dengan manusia قُمْ فَأَنذِر (.bangunlah, lalu berilah peringatan!)ataupon dengan Tuhan sekalian alam وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (dan Tuhanmu agungkanlah!)atau diri sendiri, وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (dan pakaianmu bersihkanlah) dan samaada amalan itu berhubung dengan perbuatan seperti perkara-perkara yang disebut tadi atau dengan meninggalkan(sesuatu perbuatan).contoh : وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ. (dan perbuatan dosa tinggalkanlah)Dan maksudnya: meniggalkan maksiat.Begitu juga وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ (dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak) kemudian di rangkumi kesemuanya itu dengan bersabar kerana Allah : وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ (Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah.)

Maka dengan ini dapatlah kita fahami daripada Al-quran : bahawa Ilmu didahulukan daripada amalan,kerana ilmu itulah yang akan membetulkan amalan dan ilmu juga yang memberi petunjuk kepada setiap syarat dan rukun amalan.Dengan itu ada pepatah :"Ilmu tanpa amal adalah gila,dan amal tanpa ilmu tidak akan berlaku."

Akan tetapi kita dapat perhatikan bahawa pembacaan yang disuruh oleh Al-quran pada ayat-ayat tersebut bukanlah hanya sekadar bacaan semata-mata,akan tetapi ianya adalah pembacaan dengan nama Allah,dengan nama Tuhan kita yang menciptakan.Bermakna pembacaan tersebut dengn namaNya,iziNya,serta perintahNya,dan ianya menuju ke arahNya,dan sampai kepadaNya.Maka pembacaan itu bukan dengan nama berhala yang disembah,toghut yang di taati,dan tidak jugak dengan nama manusia yang dibesar-besarkan selain dari Allah.Maka dengan ini,pembacaan itu adalah pembacaan yang lahir dari iman kepada Allah,ikhlas keranaNya,serta terikat dengan hukum hakamNya.

Dan ini menunjukkan bahawa: Ilmu di dalam Islam adalah ilmu di bawah asuhan iman,dan hubungan di antara keduanya (iman dan ilmu) adalah hubungan yang berterusan,tidak terputus atau tersekat,keduanya saling lengkap melengkapi,dan tidak bercanggah.Maka dengan ini akan dijelaskan pada muka surat yang berikutnya bahawa: Ilmu adalah bukti Iman,sepertimana ilmu itu adalah imam kepada amal,dan amal adalah pengikutnya.

Tidaklah sesuatu yang memelikkan untuk kita mulakan dengan "ilmu" di dalam salasilah ini dengan mengikut aturan Al-quran yang mulia.sepertimana yang dilakukan oleh Imam Abu Hamid Al-Ghazali(505)di dalam dua kitabnya (Al-ihya') dan (Minhaj).Kedua-duanya telah dimulakan oleh beliau dengan "Ilmu",sehingga dakwah yang kita bawa nanti adalah dakwah yang jelas lagi nyata,spertimana firman Allah:(Yusuf:108)

قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللّهِ وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".


Maka kita tutup prakata ini dengan sebuah doa :

((Ya Allah ajarkanlah kami apa yang memanfaatkan kami,dan manfaatkanlah kami dengan apa yang telah kau ajarkan kepada kami,serta tambahkanlah ilmu kami,Segala puji bagiMu untuk setiap pekara,dan kami berlindung denganMu dari keadaan ahli neraka.))
____________________________________________________________________
(1)maksud tawatur : Memindahkan sesuatu pekara dari satu kumpulan kepada satu kumpulan yang lain yang mana semua kumpulan itu tidak mungkin akan bekerjasama untuk membohong ke atas Nabi.(kumpulan tersebut mestilah melebihi dari tiga orang)
posted by musmai @ 4:52 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Tentang Aku

Name: musmai
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Template by

Free Blogger Templates