Kalender
Jam
Cadangan & Pandangan
 
 
Anda Pelawat yang ke
hit counter
free web counter
Template by

Free Blogger Templates

Tuesday, October 16, 2007
Seketika bersama Musmai (terjemahan)
sambungan episod yang lepas...

Diharamkan ke atas setiap muslim untuk mengikut pekara yang ragu-ragu dan syak yang mana ianya akan melumpuhkan alat-alat yang telah diberikan oleh Allah bagi menemui pengetahuan benar dan betul.Alat-alat tersebut ialah : Telinga (pendengaran), mata ( penglihatan), hati maknawi (akal)( berfikir dan percaya) .Firman Allah : ( Al-Isra’ : 36)


وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولا
ً
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.


Para ulama mentafsirkan berkata di dalam tafsir ayat ini : Sesungguhnya Allah melarang dari berkata-kata tanpa ilmu,yang mana kata-kata tersebut lahir dari perasaan ragu-ragu dan khayalan .dan didalam As-sohihain ( Bukhari dan Muslim ) : ((Jauhilah kamu dari keraguan ,kerana keraguan itu adalah bicara yang paling dusta )) .dan di dalam sunan Abu Daud dan selainya : ((Seburuk-buruk perantaraan seseorang adalah : "mereka menyangka" )) ( diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Huzaifah -Sohih Al-jami' As-soghir)

Melumpuh dan membantutkan peranan telinga ,mata ,dan hati akan mejatuhkan seorang insan dari ketinggian nilai insannya yang berakal kepada serendah-rendah martabat haiwan yang tidak berakal. Bahkan ia akan menjadikan manusia itu lebih sesat jalannya daripada haiwan, kerana ia tidak menggunakan apa yang telah diberikan kepadanya daripada kebolehan untuk membezakan (baik dan buruk) serta kebolehan untuk memhami sesuatu pekara. Maka layak bagi mereka untuk menjadi kayu api neraka : (Al-A’raf : 179)


وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Kedatangan azab Allah kepada orang-orang yang mendustakan ayat- ayat-Nya dengan cara istidraj [1]. [1] Yaitu: dengan membiarkan orang itu bergelimang dalam kesesatannya, hingga orang itu tidak sadar bahwa dia didekatkan secara berangsur-angsur kepada kebinasaan.


Sesungguhnya Al-quran telah mencerca orang musyrikin kerana ikutan mereka terhadap pekara yang ragu-ragu di dalam membina iktikad ( kepercayaan ) , yang mana iktikad tersebut tidak memerlukan apa-apa melainkan keyakinan yang terbina di atas hujah yang jelas dan bukti yang kukuh.Oleh itu, Al-quran berbicara dengan mereka dan berkata ( dalam pekara ketuhanan) : (An-Najm : 23)


إِنْ هِيَ إِلَّا أَسْمَاء سَمَّيْتُمُوهَا أَنتُمْ وَآبَاؤُكُم مَّا أَنزَلَ اللَّهُ بِهَا مِن سُلْطَانٍ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَمَا تَهْوَى الْأَنفُسُ وَلَقَدْ جَاءهُم مِّن رَّبِّهِمُ الْهُدَى

Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapak-bapak kamu mengadakannya; Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun untuk (menyembah) nya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka.

Dan Al-quran juga berbicara di dalam gaya ayat yang sama (An-Najm : 28)


وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئاً


Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuanpun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran

Dan Al-quran juga mencerca ahli kitab dalam kes pembunuhan Nabi
Isa ,dan Al-quran menyebut : ( An-Nisa’ : 157-158)


مَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِلاَّ اتِّبَاعَ الظَّنِّ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِيناً ,(157) بَل رَّفَعَهُ اللّهُ إِلَيْهِ


Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah 'Isa.Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat 'Isa kepada- Nya

Tidak boleh bagi setiap muslim untuk mengambil maklumat tentang kejadiannya : - pemulaan dan penghujung serta sebab dan rahsia kejadiannya- : melainkan dari Tuhan yang menjadikannya.Maka setiap pekara yang berkaitan dengan pekara-pekara ghaib, kepercayaan (aqidah) kepada Allah,para malaikatNya,para nabiNya,dan hari akhirat, tujuan kehidupan dan rahsia-rahsia alam,kesemuanya itu tidak ada sumber yang boleh di ambil tentangnya melainkan dari wahyu Ilahi yang dturunkan ke atas rasulNya yang telah diterangkan dengan ayat-ayat yang jelas yang menjadi bukti kebenaran Nabi yang diyakinkan dengan risalah yang benar.

Jika sesiapa yang ingin mengetahui maklumat tentang ciri-ciri sesuatu mesin dengan maklumat yang betul dan sempurna ,maka dia semestinya perlu mengambil maklumat tersebut dari pencipta mesin tersebut.Maka Allah adalah pencipta kejadian ini ,di langit dan di bumi,insan atau makhluk selainya,apa yang mampu dilihat atau yang tidak mampu dilihat,dan Dia sahaja yang mampu untuk memyediakan kepada kita hakikat-hakikat yang benar tentang kejadian ,rahsia,dan tujuan alam ini :(Al-Mulk : 14)


أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?

Setiap pandangan dan falsafah yang didakwa telah mentafsirkan kejadian alam dan pekara berkaitan denganya adalah hanya satu kajian yang masih lagi diragui kebenarannya juga bercanggah di antara satu sama lain. (An-Najm : 27)


وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئاً

sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran

akan datang bab yang baru : kelebihan ilmu dan ulama' ( insyaAllah minggu depan )
posted by musmai @ 3:31 AM   1 comments
Wednesday, October 3, 2007
Seketika bersama Musmai (terjemahan)
Martabat Akal dan Ilmu di dalam Islam

Kelebihan Akal di dalam Islam.

Tidak wujud agama melainkan Islam, yang memuliakn akal dan fikran . Islam juga menyeru untuk menjadi insan yang menggunakan akal ,membuat kajian dan berfikir,dan mendorong agar berfikir dengan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.Kita juga membaca di dalam Al-Quran:

أَفَلاَ تَعْقِلُونَ,أَفَلَا يَنظُرُونَ,لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ, لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ,أَوَلَمْ يَنظُرُواْ,أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا,لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ,الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

maka apakah kamu tidak menggunakan akal?(befikir)(Al-baqaroh:44),Maka apakah mereka tidak memerhatikan?(Alghashiah:17),Moga kamu menggunakan akal(berfikir)(Al-baqaroh:73),moga kamu berfikir(Al-baqaroh:219),Adakah mereka tidak memerhatikan?(Al-A'raf:185),Adakah mereka tidak berfikir?(Ar-rum:8),bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang menggunakan akal(Al-baqaroh:164),bukti-bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang berfikir(yunus:24)

Dan apa yang paling jelas ketika Al-quran Menyebut :

قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُم بِوَاحِدَةٍ أَن تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَى وَفُرَادَى ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا

Katakanlah: "Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal saja, yaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua- dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu fikirkan (tentang Muhammad)(saba': 46)


Maknanya: Sesungguhnya Allah tidak menuntut daripada mereka apa-apa melainkan satu perbuatan sahaja,iaitu menumpukan akal dan hati mereka kepada Allah dan memikirkan penciptaanNya bagi setiap kejadian serta pentadbiranNya bagi setiap urusan, dengan penuh ikhlas memohon hidayah yang sebenarnya,agar ianya jauh dari kesan “pemikiran masyarakat” dan perasaan takut dengan manusia serta sikap suka membodek(1).Dan setiap orang bersama sahabatnya yang dia percayai dan senang denganya atau dia berfikir dengan secara bersendirian,itulah makna :( مَثْنَى وَفُرَادَى ) kemudian mereka berfikir tentang kenabian.Maka pemikiran yang bebas (yang tidak terikat dengn mana-mana pihak melainkan Al-quran dan Sunnah)itu akan menunjukkan mereka kepada kebenaran.

Sesungguhnya para ulama telah mengiktiraf bahawa akal adalah (مناط التكليف) (2) serta pusat bagi pahala dan dosa,sepertimana mereka bersepakat bahawa : ( العقل أساس النقل ) (3) Kerana jika tidak sabit kewujudan Allah dan kebenaran Nabi ,maka wahyu itu juga tidak sabit.(4).Maka akal itu yang menerima dan mengukuhkan kenabian .Dan kebenaran Nabi yang diterima melalui jalan wahyu menjadi bukti kebenaran ( bahwa baginda adalah Nabi) melalui bukti-bukti yang diterima oleh akal. Kemudian akal itu meninggalkan dirinya sendiri untuk menerima wahyu dari Allah kerana wahyu itu lebih tinggi martabatnya dari akal.

Dengan berdasarkan pekara yang disebutkan tadi sesunggunya para pengkaji agama dari sebahagian ulama telah bersetuju bahawa : Iman orang yang bertaklid(5)secara sepenuhnya tidak diterima ,kerana iman tersebut tidak diasaskan melalui bukti dan dalil,dan tidak juga terbina di atas hujjah yang jelas,bahkan di atas taklid semata-mata :

إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آثَارِهِم مُّقْتَدُونَ

Sesungguhnya kami mendapati bapak- bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka( Az-zukhruf:23)

Dan Al-quran menuntut bagi setiap orang yang mempunyai sesuatu dakwaan untuk mengemukakan dalil di atas dakwaan tersebut.Jika tidak dakwaan tersebut akan disingkirkan dan ditolak.Dengan itu Al-quran menyebut di dalam perbualan bersama orang musyrikin

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Katakanlah: "Tunjukkanlah bukti kebenaranmu, jika kamu memang orang-orang yang benar"(An-Naml:64)

أَمِ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ آلِهَةً قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ

Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan selain-Nya? Katakanlah: "Tunjukkanlah hujjahmu!(Al-Anbiya':23)

Dan Al-quran juga berhujjah bersama para ahli kitab (Yahudi dan Nasrani):

وَقَالُواْ لَن يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلاَّ مَن كَانَ هُوداً أَوْ نَصَارَى تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ قُلْ هَاتُواْ بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: "Sekali-kali tidak akan masuk surga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani". Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: "Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar".(Al-baqaroh:111)

Maka akidah itu semestinya terbina di atas bukti yang jelas serta diyakini.Bukan di atas sangkaan dan keraguan. Dengan ini Allah telah telah mengaibkan orang musyrikin dengan firmanNya :

وَإِذَا قِيلَ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ لَا رَيْبَ فِيهَا قُلْتُم مَّا نَدْرِي مَا السَّاعَةُ إِن نَّظُنُّ إِلَّا ظَنّاً وَمَا نَحْنُ بِمُسْتَيْقِنِينَ

Dan apabila dikatakan (kepadamu): "Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar dan hari berbangkit itu tidak ada keraguan padanya", niscaya kamu menjawab: "Kami tidak tahu apakah hari kiamat itu, kami sekali-kali tidak lain hanyalah menduga-duga saja dan kami sekali-kali tidak meyakini(nya)".(Al Jaatsiyah: 32)

وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا لَهُم بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ

Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa", dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja. (Al-Jathiah:24)

Jadi dengn ini, tidak ada di dalam Islam apa yang dikenali dalam sebahagian agama yang lain yang mengiktiraf bahawa : iman( kepercayaan) adalah sesuatu yang luar dari daerah akal dan pemikiran.Bahkan ia juga perlu diterima dengan redha walaupon ianya tidak diredhai oleh akal ,atau tidak disandarkan dengan bukti dan dalil,sehinggakan tersebar dikalangan mereka seperti kata-kata ini : “Beriktikadlah dan awak buta!( ikut sahaja )” atau “ Tutup mata kamu dan ikut sahaja aku!”

wa Allahu a'lam.Bersambung minggu hadapan...Insya' Allah.

_______________________________________________________________________
(1)Kesan dari budaya dan adat masyarakat,perasaan takut dengan orang lain,dan sikap suka membodek manusia adalah menyebabkan sesetangah umat islam tidak menjadi umat yang mampu dan membenarkan diri mereka untuk berfikir secara bebas. (pntrjmh)

(2)Sesuatu tangungjawab itu sah atau tidak bergantung samada ianya diterima akal atau tidak.(pntrjmh)

(3)Setiap wahyu yang diterima berdasarkan kepada kewarasan akal untuk menerimanya.(pntrjmh)

(4) Maknanya :Wahyu mengenai kewujudan Allah dan kebenaran Nabi tidak mungkin bercanggah dengan akal yang waras.

(5)Taklid : mengikut sesuatu perkara tanpa mengetahui bukti dan dalil.
posted by musmai @ 10:16 AM   0 comments
Tentang Aku

Name: musmai
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Template by

Free Blogger Templates