Assalamualaikoumwarahmatullahhiwabarakatuh.. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Muhammad (s.a.w).serta ke atas para sahabat dan Ahli keluarga baginda dan sesiapa yang mengikuti jejak langkah mereka sehingga ke hari kiamat.
Sebelum saya memulakan bicara,ucapan selamat menyambut bulan Ramadhan saya dahulukan.Moga dengan kesempatan yang di berikan oleh Allah dapat kita gunakan dengan sebaik yang mungkin.
Setelah lama saya memalaskan diri untuk menterjemah ,timbul satu kemahuan untuk saya menyambung semula apa yang telah saya terjemahkan pada awal kedatangan saya di Morocco.kemungkinan keadaan semasa yang menyebabkan saya perlu teruskan menterjemah kitab ini.Moga apa yang saya usahakn ini mendapat petunjuk dari Allah dan nasihat dari sahabat2 sekalian.Kitab saya maksudkan adalah sebuah kitab yang dikarang oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi yang bertajuk "Fi At-Toriq Ila Allah" siri pertama "Al-Hayatu Ar-rabbaniah wa Al-Ilm".Untuk pengetahuan para sahabat sekalian,saya telah pon menterjemah bab pertama di dalam kitab tersebut semasa saya di tahun pertama dahulu,dan saya rasa tidak perlu saya menterjemahkanya semula.Cuma ada kesalahan-kesalahan yang perlu diperbetulkan itu haruslah di ambil pusing .Dan kesalah-kesalahan itu saya akui adalah dari kelemahan saya sendiri di dalam bahasa arab.Terima kasih kepada yang menegur dan membetulkan kesalahan-kesalahan tersebut.
Dan pada kali ini,saya akan meneruskan terjemahan ini dengan dimulakan dari bab yang ke- tiga .Ini kerana bab ini bersesuaian dengan apa yang saya ingin ketengahkan .Adapun untuk bab yang ke-dua ,menerangkan tentang perihal rasul yang memainkan peranan dalam semua aspek,samaada sebagai seorng hamba yang zuhud,seorang manusia yang di diberi tanggungjawab,seorang suami,ayah,Datuk,sebagai seorang jiran,sahabat,ketua negara,ketua bala tentera,manusia yang bertawakal selepas berusaha,dan akhirnya seorang manusia yang membangunkan kehidupan sekitarnya serta menikmati pekara-pekara yang dihalalkan.Untuk keterangan lanjut sila buka kitab tersebut.
Apa sebenarnya tujuan kitab ini di tulis?
Kitab ini ditulis adalah untuk merapatkan jurang di antara meraka yang cenderung kepada ilmu Tasawwuf dan juga mereka yang cenderung kepada manhaj salaf.Ini jelas dengan apa yang lakarkan oleh beliau sendiri di dalam muqaddimah kitab tersebut .Bahkan ada satu bab yang dinamakan "Taswifu As-salafiah wa taslifu As-sufiah" yang bermaksud , Mentasawufkan mereka yang mengikut manhaj salaf dan mensalafkan ahli tasawwuf.Usaha ini adalah satu usaha yang patut disambut dengan hati dan pemikiran yang terbuka tanpa perasaan taasub dan emosianal. Bahkan usaha ini bersusaian dengan firman Allah di dalam Surah Al-Hujurat ( 9&10):
وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِن فَاءتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.( 9&10) Semoga dengan terjemahan ini sedikit sebanyak mampu membantu usaha murni ini.InsyaAllah. Selain terjemahan,saya juga ingin berkongsi ilmu dengan menulis tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran ( 'Ulum Al-quran).Memandangkan ilmu ini jarang diambil pusing oleh sesetangah orang berbanding dengan ilmu-ilmu agama yang lain.Selain itu,saya jugak akan menulis tentang para ulama yang asalnya dari bumi gharbul-islami terutamanya dari andalus.Sebarang perbincangan ilmiah amatlah di alu-alukan.
Sekian.Wassalam.
|
成人論壇,080聊天室,080苗栗人,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人電影,成人遊戲,成人文學,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,正妹牆